Sunday, January 15

January 2017

Assalammualaikum and Semoga Ceria selalu buat awak-awak yang singgah ke blog saya ini :)

Alhamdulillah.

Terlampau banyak nikmat yang Allah kurniakan.
Terlalu banyak juga kesilapan yg sy sering lakukan.
Kadang-kadang tertanya-tanya, sampai bila masa-masa yang ada akan aku bazirkan.
Bilakah aku akan melakukan suatu perubahan?

:')

Bulan 1 ni kebanyakan harinya, sy gunakan untuk siapkan assignment and yeahh presentation.
Hidup kat UniKl ni best,
suasana dia agak mencabar,
lecturer sangat pentingkan kualiti berbanding kuantiti,
ada kadang, lecturer pulangkan report supaya student baiki ikut skema permarkahan yang ada,

Alhamdulillah, 
semuanya berjalan dengan lancar dan dan dan agak mendebarkan bila tang nak tahu markah hehe.

Allah juga menghantar hadiah tahun baru huhu.. My bff dari Kelate mari Kl,
buat kejutan :D

and haha.. tbc

Saturday, December 31

31st December 2016


Alhamdulillah,

Tahun 2016 menjadi tahun yang bermakna dalam hidup aku.
Walaupun aku ini careless, selalu alpa dalam hal-hal mengejar akhirat, tetapi masih tidak terkira ruang dan peluang yang Allah berikan pada aku.

Kehilangan yang ku sangkakan kerugian.
Padahal, aku tidak miliki suatu apapun di dunia ini.

Setiap kali hati memberontak akibat perpisahan.
Patah harapan.
Akhirnya pada bulan Disember, aku mula rasakan segala-galanya untuk kebaikan.

Siapa yang bodoh? Pastinya bukan Pencipta. Berkali-kali aku ingatkan diri,
Namun, iman yang adakalanya naik, ada suatu masa dia turun.

Syeikh Zakuan dah khabarkan bahawa dajjal semakin menghampiri,
clueless. Hutang PTPTN masih belum dapat aku langsaikan.

Belum bersedia tetapi sedang bersedia :')

Siapalah aku di mataMu Ya Rabb.

Selamat Tahun Baru Kalendar Masihi.


Wednesday, December 28

Khas : Uyeen

Hahaha,
seronok betul Bieebir, hahahah!

Heh, jangan lupe study!.
rindu kau! :D

Banyak kes aku tak settle ngn kau,
Haha tunggu mase je terburai segalew.OkayH,

Stay Cool!! :D Love yA!

Sunday, December 25

New year

A new year stands before us, like a chapter in a book waiting to be written.

Stay Purified

Assalammualaikum and a very good evening to all my readers...

I've been thinking too much of my past.
My mistakes.
Careless.

Kadang-kadang aku menyalahkan diriku sendiri. Menyalahkan cara pemikiranku yang dulunya berasa lebih gah berbanding manusia sekelilingku.

dan aku masih belajar caranya untuk tidak berharap balasan dari manusia.
dan aku masih belajar caranya untuk menerima baik dan buruk manusia.
dan aku masih belajar menerima segalanya Yang Maha Kuasa takdirkan.

Sejak kebelakangan ini, bahang fitnah akhir zaman makin terasa namun, aku masih kurang dalam bertindak. Aku masih membiarkan diriku leka dan membuang masa.

Separuh dari diriku masih memuja diriku yang dahulu. Yang tidak menjaga kata-kata.
Yang melepaskan segala-galanya. Yang bertindak bikin tidak serupa.
Separuh dari diriku mencintai semua perubahan yang telah berlaku pd diriku,.
Walaupun aku tahu semakin sukar difahami oleh insan yang biasa namun ianya tidak menjadikan aku berputus-asa dalam perjalananku untuk bersama dengan mereka yang dicintaiNya.

Tahun 2016 merupakan tahun yang penuh suka dan duka. Tahun yang mengajar aku untuk lebih redha berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tahun yang mengajar aku agar lebih menghargai semua yang ada. Tahun yang mengajar aku untuk kekal tabah dan tidak memberontak padaNya.
Tahun yang mengajar aku bersyukur atas kehilangan. Tahun yang mengajar aku untuk mengawal ketamakkanku terhadap dunia. Tahun yang  mengajar diriku utk sentiasa berasa hina.

Segala air mata yang tertumpah tidaklah ia menjadi sia-sia jika ianya untk kehidupan abadi di akhirat sana..
Tetapi, berapa banyak air mataku tertumpah kerana hal dunia?
:')
It's okay.
Cry hard but do not give up.
Don't give up because of one bad chapter in your life. Keep going. Your story doesn't end here.