Thursday, June 5

Ini salah diri sendiri

Musnah .
Semua musnah dan hidup aku hanya dikelilingi bangkai-bangkai kenangan indah yang boleh buat aku senyum dan tertawa.

Musnah.
Semuanya musnah akibat keegoan manusia yang berasa mulia dan tidak mahu langsung merendahkan hati mengenal si durjana.

Musnah .
Semuanya musnah akibat pandangan yang berbeza tara langit dan bumi .
Musnah .
Kau kejari nikmat-nikmat yang kau sangka nikmat .
Kau kejari segalanya demi kepentingan diri.

Semuanya demi kepentingan diri .
Musnah .
Aku musnah .
jiwa aku mati tatkala mengejar cita-cita .
Terputusnya segala harapan mengejar kebahagiaan di dunia.
Sudahnya berakhirkan terjelepuk di tanah sejadah menangisi segala kesilapan diri sendiri.

Tingginya benci pada sifat-sifat manja yang bakal menjalar seterusnya membinasa.
Semuanya salah diri sendiri.

Musnah. Segalanya musnah , kerakusan kau mengejar kebahagiaan kau ,
membunuh aku,

Biar Allah berikan dia kehidupan sempurna . Yang lebih baik di sisiNya daripada berada di sampingku dan dijatuhkan bertalu-talu .

Biar Allah berikan kau kepuasan kebahagiaan dunia dan akhirat dan berbanggalah dengan tindakan kau .

Musnah .
Musnah segala harapan aku untuk berbahagia dengan jiwa yang aku miliki.
Demi mengejar kebahagiaan bagi pengorbanan terbesar.

Musnah , segalanya musnah hanya untuk memuaskan hatimu ..

Ini salah diri sendiri . Pasti kau berbangga kerana telah berjaya mematikan jiwaku .

lantas aku akan berbakti dengan penuh sarat rasa merana binasa luka yang mencengkan hampir berbulan tidak pula mahu pulih seperti sedia kala .

Bahagia nanti di akhirat sana .
peperanganku dengan diri sendiri .

mengejar kebahagiaan yang kau mahukan !

ini semua yang kau mahukan !

musnah , musnah segala harapan !

musnah segala impian yang aku catatkan dalam ruang hatiku .

selamat bahagia . manusia-manusia mulia.

aku berdoa agar insan hina sepertinya kembali bertemu Allah , dengan keadaan sempat bertaubat .

dan aku masih mencuba memaafkan diri sendiri.

ini semua salah diri sendiri .

dan wajib aku redha dengan semua ini .

kerana ini semua salah diri sendiri .

Wednesday, June 4

Ilmu yang wajib kita pelajari

Ilmu Tauhid, Ilmu Tasawuf dan Ilmu Fekah .

Fardu Kifayah , Ilmu Kemahiran .

Tuesday, May 27

Cinta

Assalammualaikum .  

Dengan  nama Allah Yang Maha Penyayang , Maha Melihat dan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

Istilah cinta dalam kehidupan adalah tidak asing lagi dalam kehidupan kita . Bagi keluarga yang sentiasa menerapkan perasaan kasih sayang dan cinta pasti telah menghasilkan generasi penyayang dan penyabar .
Bagi keluarga yang kurang berkasih sayang pula pasti melahirkan generasi yang kurang penyayang tetapi memerlukan penyayang . Apabila generasi-generasi ini bertembung pasti yang dominan akan menakhluki yang tak dominan .

Cinta dari Allah Yang Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya adalah yang paling hebat .
Cinta Allah kepada rasul-rasulNya .
Cinta Allah kepada semua makhlukNya .
Siapakah Allah ? Dia adalah pencipta yang menyayangi tanpa perlukan kita . Menciptakan kita untuk menguji hamba-hambaNya . Taat dengan perintah dan laranganNya . Yang berdosa disuruh kembali bertaubat . Yang berdakwah disuruh bersabar dan berpesan-pesan bersama-sama .
Jika mahu diungkap istilah cinta dari Allah ini adalah amat luas skopnya dan tidak terjangkau dek akal fikiran kita .

Kasih sayang dan cinta Rasulullah terhadapa umatnya sehingga saat sakaratul maut . Menyebut 'umatku, umatku , umatku ' Mendoakan umat-umatnya , Mengajak umatnya mencintai Allah . Walau diancam musuh tetapi masih mendoakan agar terbukalah hati-hati musuhnya .

Namun , rahsia terbukanya pintu hati seseorang adalah tertakhluk kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu .

Allah mencintai hamba-hambaNya sehingga melarang manusia berharap kepada yang lain selainNya.
Allah menginginkan yang terbaik untuk manusia.
Allah bahkan tidak pernah mengabaikan hamba-hambaNya tetapi kita seringkali lupa bahawa Allah itu lebih dekat daripada tengkuk kita sendiri .
Allah juga tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya .

Allahuakbar .

Cinta sesama manusia juga bermula dari lahir , cinta ibu bapa terhadap anak-anak , kasih sayang anak-anak kepada Ibu bapa . Pengorbanan demi pengorbanan kerana cinta . Ikat perut untuk anak . Bersabar berjaga malam demi anak-anak . Menangis siang malam mendoakan anak-anak . Mengharapkan yang terbaik .
Menjadi yang paling runsing membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak .
Oleh itu , Islam menganjurkan hamba-hambaNya berbuat baik kepada ibu bapa selaras dengan Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan Ibu bapa begitu juga dengan kemurkaan Allah .

Islam juga mengatakan yang paling layak mendapat kasih sayang kita adalah , ibu kita , ' Ibu , Ibu dan Ibu barulah ayah . .

Doakanlah ibu bapa kamu agar mendapat kebahagiaan di akhirat kelak jika kamu tidak mampu menawarkan kebahagiaan untuknya di dunia .

Cinta kepada sahabat , guru dan kawan-kawan mengajar erti nilah ukhwah sesama manusia.
Terjalin indah dengan izin Allah , yang baik perlu memimpin dan yang kurang pula perlu dipimpin .
Saling memaafkan dan ingat-mengingati .

Setelah menceritakan serba sedikit tentang cinta-cinta yang ada dalam kehidupan kita .

Aku sendiri tidak mampu mengutarakan seberapa banyak rasa cinta yang ada disekeliling .

Rasa cinta juga berbeza dengan keinginan untuk memiliki .
Mencintai sesuatu kerana Allah S.W.T bukan kerana untuk memiliki.

Mencintai sesuatu tanpa mengharapkan balasan dan hanya berkongsi rasa itu dengan Allah .

Cinta seperti itu hanya akan ada apabila jiwa dididik untuk tunduk dengan nafsu dan bergantung hanya kepada Allah dalam memilih jodoh untuk melengkapkan agama.

Sudah diberi panduan dan garisan memilih jodoh , namun jodoh masih rahsia Allah .

Pada diri insan yang ada muslim dan muslimah pasti sepadan seperti yang Allah katakan dalam Al-Quran bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik .

Baik dari segi apa , zahir dan batin yang hanya Allah sahaja yang tahu . .

Cinta adalah sesuatu yang indah dan perlu untuk dipupuk dengan cara yang betul .

Cinta adalah sesuatu yang membawa kepada kebaikan .

Cintailah sesuatu kerana Allah dan belajarlah mendidik diri bahawa yang sempurna itu hanyalah Allah .

'Cinta , kamu masih teka-teki untukku '




Wednesday, May 14

Perubahan

Hujan turun dengan lebatnya di sekitar kawasan kolej ku . Di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur , bertapak di  Chow Kit . Azan zohor berkumandang dan manusia juga berlegar-legar di ruang mataku .

Bangun . Aku harus sentiasa bangun daripada jatuh . Bukan makin bergolek-golek menjunam ke bawah .
Melakukan anjakan paradigma . Memandang ke langit seraya berbisik dalam hati .

'Allah , inikah yang aku inginkan ? '

Berjalan menuju ke kelas dan duduk menghadap nota-nota ilmiah .
Perubahan .
Aku harus fokus dalam mencapai matlamat. Bukan membiarkan angan-angan mengaburi pandangan lalu tersisih segala pengorbanan .
Perubahan memerlukan kekuatan .

Titik perubahan cara tindakan harus diperbaik dari detik demi detik .
Seharusnya bermula dekat dengan yang ada pertalian darah .

Tegas . Untuk berubah memerlukan ketegasan akal mengawal hati dan perasaan .
Walau tinggi luhur istimewanya naluri seni halusmu , kau harus mampu kawal dengan akal .
Membezakan yang baik dan buruk .
Memisahkan yang benar dan salah .
Mengutamakan yang utama .

Benar , pencipta kita menegaskan menyayangi saudara seperti diri sendiri .
Namun , yang lebih utama Rasulullah s.a.w berpesan , ibumu, ibumu , ibumu kemudian ayahmu .

Allah , ampunkan aku .

Perubahan memerluka kesabaran . Kesabaran menghadapi bisikan . Cemuhan dari pandangan kerana manusia hanya memandang kesalahan tetapi tidak pada Allah , Maha Adil , yang melihat pada taubat dan sejauh mana keikhlasan pengorbanan perasaan itu ?

Riak , Ujub dan Takabbur , akan menghantui sejenak pelusuk dada ,
yang dapat dikalahkan dengan sebenar-benar iman .

Perubahan , aku memandang sepi langkahku yang longlai .
Katanya , memerlukan perhatian insan .
apakah tidak cukup belaian kasih Yang Maha Mengasihani .

Cis, kau tidak bersyukur wahai  hati .

aku tertunduk lagi , moga kesedaran sentiasa menerpa di benak fikiran .

Perubahan . Perlu jadikan hari ini , lebih baik dari semalam . Perlu pastikan , istiqamah .
Agar tidak tergelincir lagi .
Aku manusia,
akan ada lagi ujian menerpa , biar lulus usah gagal ,
namun bila tiba waktunya gagal ,

Semoga sempat bersujud memohon keampunan .

Perubahan .

Semoga kau bertahan .